Kepentingan dalam sejarah Serangan Pearl Harbor

Pertempuran ini, sepertimana Pertempuran Lexington dan Concord, mempunyai kesan menukar sejarah. Ia hanya mempunyai sedikit kesan ketenteraan akibat kegagalan tentera laut Jepun untuk menengelamkan kapal induk Amerika Syarikat, tetapi sungguhpun sekiranya kapal induk telah ditenggelamkan ia tidak akan membantu Jepun dalam jangka masa panjang. Serangan tersebut membabitkan Amerika Syarikat secara penuh dan ekonomi pengilangan dan perkhidmatannya yang besar kepada Perang Dunia II mendorong kekalahan kuasa Berpaksi sejagat. Apabila mendengar bahawa serangan ke atas Pearl Harbor akhirnya telah melibatkan Amerika Syarikat ke dalam perperangan, Perdana Menteri UK, Winston Churchill, menulis "Penuh dengan perasaan dan kegemparan, saya baring di atas katil dan tidur dengan peniduran orang yang diselamatkan dan bersyukur". (Winston Churchill – The Second World War, jilid 3,ms. 539)". Kemenangan pihak Bersekutu dalam pertempuran ini dan kebangkitan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia telah membentuk politik antarabangsa semenjak itu.